Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengingatkan semua pihak dalam institusi pendidikan, untuk memastikan semua fasiliti sekolah berada dalam keadaan selamat.
Ia termasuk pihak pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Peringatan itu susulan insiden kebakaran yang melibatkan beberapa institusi pendidikan di bawah seliaan KPM.
Masing-masing satu kes di Perlis baru-baru ini, dan dua kes di Selangor pada hari ini.
Dalam satu kenyataan, KPM menegaskan bahawa, aspek keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah perlu sentiasa diutamakan.
Mengulas mengenai insiden berkenaan, kenyataan itu memaklumkan bahawa tindakan segera telah diambil bagi menyiasat punca kejadian serta menilai tahap kerosakan infrastruktur sekolah yang terjejas.
KPM turut menegaskan bahawa kerja-kerja baik pulih akan dilaksanakan dengan segera.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back