• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 November 2025 | 11:00 AM

Projek Jalan Baharu di Samarahan - Libat Urus Agensi dan Penduduk, Pastikan Kelancaran

Sri Aman – Satu sesi libat urus telah diadakan hari ini bagi meningkatkan penyelarasan antara agensi-agensi terlibat dalam projek pembinaan jalan dari Simunjan ke empat kawasan perkampungan.

Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Tuba, Kampung Mentu, Rumah Ipoh Ili, dan Rumah Ipoh Muding.

Sesi tersebut disertai wakil dari Pejabat Residen Samarahan, Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan, Jabatan Tanah dan Survei, Unit Pembangunan Luar Bandar, serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dari kampung-kampung berkenaan.

Pegawai Daerah Pantu, Raca Mulong berkata, kerjasama erat antara agensi pelaksana dan komuniti setempat penting, bagi memastikan projek itu dapat dilaksanakan dengan lancar.

Katanya, projek itu akan memperkukuhkan jaringan penghubung antara penempatan luar bandar di Bahagian Samarahan, sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat.

Antara perkara utama yang dibincangkan, termasuk jajaran dan pelan awal jalan, keadaan tanah, struktur laluan, serta semakan sempadan.

Tujuannya bagi memastikan perancangan pembangunan tidak menjejaskan hak milik penduduk.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok