• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 November 2025 | 09:44 AM

Malaysia Teliti Amalan Terbaik Sukan SEA Thailand 2025 Sebagai Persiapan 2027

Bangkok – Seramai 59 inidvidu delegasi Malaysia, menyertai Lawatan Penanda Aras ke Sukan SEA Thailand 2025 di Bangkok, bagi memperkukuh persiapan awal menghadapi Sukan SEA 2027.

Delegasi Malaysia turut dianggotai wakil daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Sukan Malaysia (MASOC), serta wakil-wakil negeri penganjur bersama termasuk Sarawak, Johor dan Pulau Pinang.

Lawatan selama lima hari itu bertujuan menimba pengalaman dan mengenal pasti amalan terbaik daripada Jawatankuasa Penganjur Sukan Thailand (THASOC), untuk memperkukuh persiapan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA ke-34 pada 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif MASOC dan Sukan Para ASEAN 2027, Abdul Rashid Yaakub berkata, penganjuran Sukan SEA Thailand 2025, wajar dijadikan contoh dalam memastikan kesiapsiagaan Malaysia dari segi pengurusan, logistik, dan operasi.

Sementara itu, wakil Sarawak ke lawatan itu telah diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee.

Datu Hii menekankan agar setiap pegawai seranta daripada jawatankuasa yang dilantik oleh Kerajaan Sarawak, untuk menggunakan peluang itu bagi membuat pemerhatian terperinci.

Tujuannya adalah bagi mengenal pasti keperluan dan persiapan yang diperlukan supaya Sarawak bersedia menjadi salah satu negeri penganjur temasya berprestij tersebut.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok