Kuching – Festival Kesenian Sarawak tahun ini tampil istimewa, dengan mengetengahkan warisan budaya daripada 34 kumpulan etnik Sarawak yang jarang ditonjolkan.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak (MSS), Awang Ikman Awang Sepian berkata, penganjuran festival itu bertujuan memelihara warisan budaya serta menarik minat generasi muda untuk mendalaminya.
Menurut beliau, usaha tersebut selaras dengan peranan MSS dalam mempromosikan bidang seni, selain menyediakan platform kepada para penggiat seni untuk terus berkarya di Sarawak.
Menerusi penganjuran festival itu, beliau percaya kombinasi generasi lama dan penglibatan generasi muda amat penting dalam mengangkat bakat seni di Sarawak.
Tambahnya, pada masa akan datang, MSS berhasrat memperluas penyertaan melibatkan 34 etnik tersebut.
Sehubungan itu, bagi persembahan pada hari terakhir festival esok, MSS akan menampilkan 12 daripada 34 etnik berkenaan bagi membolehkan pengunjung menyaksikan keunikan tarian setiap etnik di Sarawak.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Festival Kesenian Sarawak 2025 di Kuching, malam tadi.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back