• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 November 2025 | 07:13 AM

MSS Merancang Untuk Mempergiat Seni Pementasan Teater Pada Tahun Hadapan

Kuching – Majlis Seni Sarawak (MSS), merancang untuk mempergiat pementasan teater pada tahun hadapan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MSS, Awang Ikman Awang Sepian berkata, usaha tersebut akan dimulakan secara kecil terlebih dahulu, bagi mengangkat seni persembahan itu.

Beliau mengakui bahawa persembahan teater di Sarawak masih lagi kurang, namun menyatakan bahawa ramai yang terlibat dalam bidang berkenaan.

Sehubungan itu, MSS akan terus memperkukuh peranan dalam memartabatkan teater tempatan.

Ia juga bagi menyahut seruan Premier Sarawak yang mahu aktiviti pementasan teater dipergiat, khususnya yang berunsurkan sejarah.

Menurutnya, MSS telah mula merancang pelbagai inisiatif untuk mengangkat seni tersebut, termasuk menjalin kerjasama dengan beberapa badan lain.

Selain itu, MSS turut menyediakan geran kepada pihak-pihak yang terlibat dalam bidang teater.

Ia merupakan antara usaha MSS untuk membantu penggiat seni di Sarawak agar lebih aktif dalam bidang tersebut.

Selari dengan peranan MSS sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk seni dan budaya negeri, pihaknya komited untuk terus berusaha memperkasakan seni teater di Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media dalam Festival Kesenian Sarawak 2025 di Kuching, malam tadi. 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok