KUALA LUMPUR - Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan suku akhir Masters Jepun 2025 hari ini.
Pasangan pilihan kedua kejohanan itu menumpaskan pemain tuan rumah Keiichiro Matsui-Katsuki Tamate menerusi set penentuan pada aksi pusingan kedua di Kumamoto Prefectural Gymnasium.
Gandingan profesional negara itu tewas 21-23 di set pertama tetapi kembali bangkit memenangi set kedua 21-13 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Aksi set ketiga menyaksikan kedua-dua pasangan berkejar mata sebelum Sze Fei-Nur Izzuddin memutlakkan kemenangan dengan 26-24 dalam perlawanan berlangsung selama 65 minit.
Menanti pasangan negara di suku akhir, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan dari Taiwan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back