KUCHING - Kerajaan Sarawak melihat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai tonggak penting dalam membangunkan bakat yang diperlukan bagi kemajuan negeri ini.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata ia juga untuk mewujudkan tenaga kerja yang cekap dan bersedia menghadapi masa depan
Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalannya Datuk Francis Harden Hollis sempena Majlis Graduasi Sijil Vokasional Malaysia Kolej Vokasional Kuching Kohort 2023, di Kuching hari ini.
Dato Sri Roland berkata institusi seperti Kolej Vokasional Kuching memainkan peranan penting dalam membekalkan belia Sarawak dengan kemahiran, disiplin, dan etika kerja yang tepat.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back