• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 November 2025 | 03:00 PM

Santubong Miliki Potensi Diiktiraf UNESCO

SANTUBONG - Kawasan Santubong mempunyai potensi tinggi untuk diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO kerana nilai sejarah dan arkeologinya yang unik.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bagi mencapai pengiktirafan itu, semua pihak perlu bergerak seiring melalui empat strategi utama iaitu pendidikan komuniti tempatan, penglibatan generasi muda, kerjasama pelbagai pihak, serta pembangunan lestarisupaya pelancongan berkembang tanpa menjejaskan tapak warisan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata warisan bukan hanya untuk disimpan di muzium tetapi ia mesti dihidupkan
semula melalui ilmu, kefahaman, dan kesedaran.

Katanya, usaha pemuliharaan warisan tidak hanya tertumpu kepada aspek sejarah, tetapi turut membawa manfaat ekonomi yang luas kepada penduduk setempat melalui pelancongan warisan.

Datuk Seri Nancy turut menyeru komuniti setempat, agensi kerajaan, institusi akademik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berganding bahu memelihara warisan Santubong agar terus kekal untuk generasi akan datang.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Seminar Warisan Santubong: Eksplorasi dan Jejak Tamadun di CENTEX Santubong, hari ini.

Seramai 200 peserta dari pelbagai agensi, NGO, institusi pengajian tinggi, dan komuniti setempat menghadiri seminar tersebut.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok