BINTULU - Seorang wanita cedera selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Spring Ville, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7 pagi.
Anggota Bomba bertindak mengeluarkan mangsa dari kenderaan itu dan mangsa yang mengalami kecederaan pada kaki kiri diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back