BINTULU - Seorang lelaki warga Indonesia maut manakala tiga individu cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda dan treler di hadapan stesen minyak Shell Samalaju, Jalan Pesisir Bintulu-Miri, petang tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.33 petang.
Mangsa dikenali sebagai Ahmad Sucipto disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Seorang lelaki warga tempatan serta pemandu dan kelindan treler masing-masing mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back