Kuala Lumpur – Amalan gaya hidup dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada risiko kanser kolorektal, paru-paru dan prostat dalam kalangan lelaki di Malaysia.
Pakar Perunding Onkologi Sunway Medical Centre Velocity (SMCV), Dr. Hafizah Zaharah Ahmad berkata, walaupun faktor genetik memainkan peranan penting, pilihan gaya hidup kekal sebagai faktor penyumbang terbesar terhadap penyakit itu.
Menurutnya, hanya kira-kira lima peratus kes kanser berpunca daripada faktor keturunan.
Ia bermakna bagi kebanyakan kes, tabiat harian seperti corak pemakanan, tahap aktiviti fizikal dan komitmen terhadap saringan kesihatan mempunyai pengaruh yang paling besar terhadap risiko kanser
Beliau menambah, gaya hidup moden yang serba pantas turut mendorong kepada tabiat yang secara senyap menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang.
Antara amalan tersebut ialah duduk terlalu lama, pengambilan makanan diproses secara berlebihan serta kekurangan aktiviti fizikal, yang boleh menyumbang kepada obesiti.
Jelasnya, keadaan tersebut seterusnya menyebabkan keradangan kronik dan peningkatan paras insulin dalam badan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back