Sibu – Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) akan menyumbangkan sebanyak 60 unit Kit Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada sekolah-sekolah di seluruh Sarawak mulai Januari 2026.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee berkata, keseluruhan sumbangan itu dianggarkan bernilai kira-kira RM1.2 juta.
Menurut beliau, setiap kit mengandungi lebih 50 item, termasuk mikroskop dan tiub uji, yang boleh digunakan bagi aktiviti pembelajaran sains di sekolah.
Beliau menyifatkan inisiatif tersebut sebagai satu langkah penting untuk memastikan keperluan asas dalam bidang sains di sekolah-sekolah di Sarawak dapat dipenuhi.
Dalam pada itu, katanya, kementerian kini sedang merangka mekanisme pelaksanaan bagi memastikan pengagihan dan penggunaan Kit STEM dapat diselaras dengan berkesan oleh setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Hari Karnival STEM 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pasai, Sibu, pada Rabu.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back