• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 November 2025 | 11:44 AM

KPWKM Sedia Hadapi Monsun, Tumpuan di Sabah-Nancy

SANTUBONG - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL), terutama di negeri Sabah yang bakal berdepan pilihan raya negeri.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuat persiapan rapi bagi memastikan segala urusan kebajikan dan bantuan dapat dilaksanakan dengan lancar sekiranya berlaku bencana ketika tempoh pilihan raya.

Beliau berkata, pelbagai agensi dan kementerian di peringkat daerah turut digerakkan untuk bekerjasama memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih pantas dan menyeluruh.

Selain itu, ujar beliau, setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan mempunyai pegawai kaunselor dan pegawai psikologi bagi membantu mangsa yang mengalami tekanan akibat bencana, termasuk menyediakan aktiviti sokongan emosi kepada mangsa.

Datuk Seri Nancy berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Seminar Warisan Santubong: Eksplorasi dan Jejak Tamadun di CENTEX Santubong, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa buat masa ini tiada pertambahan pegawai JKM di Sabah, namun sekiranya diperlukan, pegawai dan kakitangan tambahan dari Sarawak akan dihantar segera.

Beliau menegaskan bahawa pengalaman menghadapi bencana sebelum ini memberi banyak pengajaran kepada kementerian dalam memperkukuh kerjasama strategik antara agensi, bagi memastikan bantuan sampai kepada rakyat dengan cepat dan berkesan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok