• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 November 2025 | 06:08 PM

Kajian Pembangunan Piawaian Kompetensi Praktis Kerja Sosial Malaysia Dijangka Siap Menjelang 2027

Kuala Lumpur – Kajian Pembangunan Piawaian Kompetensi Praktis Kerja Sosial Malaysia, dijangka siap menjelang tahun 2027.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kajian oleh Institut Sosial Malaysia (ISM) itu, bagi memperkukuh bidang kerja sosial di Malaysia.

Menurut beliau, kajian itu penting bagi memartabatkan profesion kerja sosial agar setiap pekerja sosial dilengkapi dengan kompetensi yang kukuh, beretika tinggi dan berkesan dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

Katanya, KPWKM mahu bidang kerja sosial di Malaysia diiktiraf sebagai profesion yang berasaskan ilmu, data dan bukti, tanpa menghilangkan nilai empati dan kemanusiaan.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian Program ISM Inspire 2025 di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, program anjuran ISM itu bertujuan untuk membincangkan isu-isu sosial semasa di Malaysia.

Menurut Datuk Seri Nancy, penganjuran program itu bertepatan dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menumpukan kepada kesejahteraan sosial inklusif serta Dasar Sosial Negara (DSN) 2030. 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok