ATHENS – Tiga maut manakala 56 orang diselamatkan selepas sebuah bot yang membawa pelarian terbalik di perairan selatan pulau Gavdos, Greece, pada Selasa.
Menurut Pengawal Pantai Greece, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dalam keadaan laut bergelora, dengan bantuan Agensi Pengawal Sempadan dan Pantai Eropah (Frontex).
Jumlah sebenar penumpang bot masih belum diketahui, dan kewarganegaraan mangsa belum disahkan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back