KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bertanding di 55 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Sabah ke-17 pada 29 November ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata 51 calon diumumkan hari ini, manakala empat lagi akan diumumkan esok, dengan 33 peratus merupakan muka baharu.
Beliau pada Majlis Pengumuman Calon GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini memberitahu seramai 29 calon yang diumumkan adalah penyandang manakala 22 lagi baharu termasuk dua presiden parti komponen dalam GRS iaitu Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang akan bertanding di DUN Pintasan dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Tan Sri Anifah Aman bagi DUN Bongawan.
Datuk Seri Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah akan mempertahankan kerusi DUN Sulaman yang dimenanginya pada PRN lalu.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back