KUCHING - Norway menyatakan kesediaan untuk berkongsi kepakaran dan teknologi terkini dalam bidang tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar dengan Sarawak, memandangkan Norway merupakan antara negara peneraju global dalam industri tersebut.
Ini dinyatakan Duta Besar Norway ke Malaysia yang baharu, Her Excellency Marianne Folsan, ketika mengadakan kunjuungan hormat ke atas yang diPertua Negeri Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri, Petra Jaya semalam.
Sementara itu, Tun Wan Junaidi berkata kerjasama strategik dengan Norway akan membuka peluang pelaburan baharu, mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, dan memperkukuh daya saing Sarawak dalam ekonomi hijau global.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back