SEOUL - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selaku Presiden Majlis Dakwah Islam Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP), hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif RISEAP Ke-36 di The Plaza Seoul Hotel, Korea Selatan.
Mesyuarat tersebut dihadiri oleh wakil-wakil dari negara anggota RISEAP termasuk Thailand, Singapura, Taiwan, Korea, Jepun, Australia, New Zealand dan Fiji.
Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back