KUCHING - Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan membuat laporan polis berhubung satu video tular di TikTok yang menunjukkan tiga individu memanjat struktur papan tanda jalan dan tiang lampu di Kuching.
DBKU dalam satu kenyataan hari ini menegaskan tindakan tersebut bukan sahaja membahayakan keselamatan diri, malah boleh merosakkan harta awam serta mencemarkan imej bandar raya.
Sehubungan itu, laporan polis akan dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah undang-undang berkaitan ketenteraman awam.
DBKU juga mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan perbuatan tidak sopan atau menyalahi undang-undang di kawasan awam, serta sentiasa menjaga adab dan menghormati kemudahan awam demi kesejahteraan bersama.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back