ANKARA - Sebuah pesawat kargo tentera C-130 Turki dalam perjalanan dari Azerbaijan terhempas di Georgia, kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, sambil menambah operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bersama pihak berkuasa Georgia.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai jumlah kru atau mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.
Sumber: BERNAMA-ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back