PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan penjelasan di Parlimen esok (13 Nov) mengenai keputusan kerajaan untuk tidak merayu terhadap pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Anwar berkata keputusan itu dicapai secara konsensus selepas mesyuarat khas Jemaah Menteri dan turut merangkumi rayuan berkaitan kecacatan dalam alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Beliau menegaskan perkara itu akan diperincikan semasa sesi Parlimen nanti.
Datuk Seri Anwar membuat kenyataan itu pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back