• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 November 2025 | 09:57 AM

Pengawal Keselamatan Dipukul Rakan Kerja, 8 Jahitan Di Kepala

KUCHING - Seorang pengawal keselamatan lelaki berusia 55 tahun mengalami kecederaan selepas dipukul oleh rakan sekerjanya di pos lobi Hospital Umum Sarawak awal Isnin pagi 10 November.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.00 pagi apabila suspek, lelaki berusia 29 tahun, menyerang mangsa menggunakan sebatang cota kayu dari arah belakang.

Akibatnya, mangsa mengalami 8 jahitan di kepala serta patah ibu jari tangan kanan dan menerima rawatan di unit kecemasan hospital.

Berdasarkan rakaman CCTV dan keterangan saksi, polis mendapati insiden berpunca daripada ketidakpuasan hati suspek berkaitan hutang peribadi dengan mangsa.

Suspek ditahan pada hari yang sama dan direman sehingga 15 Nov inibagi siasatan lanjut atas tuduhan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Sehubungan itu polis menasihati orang ramai menyelesaikan pertikaian secara aman dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh membahayakan orang lain.

Sumber: Polis Daerah Kuching
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok