LONDON - Catherine Connolly secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-10 Ireland pada Selasa (11 November) selepas meraih kemenangan besar pada pilihan raya hujung Oktober lalu.
Ahli politik berusia 68 tahun itu menggantikan Michael D. Higgins yang menamatkan tempoh perkhidmatan selama 14 tahun.
Majlis angkat sumpah berlangsung di Istana Dublin dengan dihadiri ahli politik, badan kehakiman dan tetamu kenamaan lain.
Dalam ucapan sulungnya, Connolly menyeru dunia agar merenung semula konflik global dengan menegaskan dasar berkecuali dan komitmen Ireland terhadap usaha mengekalkan keamanan.
“Kita mempunyai sejarah berkecuali dan pengaman. Ireland berada dalam kedudukan baik untuk mempromosikan alternatif kepada peperangan,” katanya.
Sumber: BERNAMA-ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back