• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 November 2025 | 09:33 AM

Polis Sarawak Guna SOSMA Untuk Lumpuhkan Sindiket Dadah

KUCHING - Polis Sarawak akan mengambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap sindiket pengedaran dadah di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah menjelaskan, tindakan di bawah SOSMA akan menyasarkan rangkaian jenayah terancang, termasuk pengedar besar dan kecil, bagi melumpuhkan keseluruhan aktiviti sindiket.

Bercakap di Kuching pada Selasa 11 November, beliau berkata polis kini dalam proses mengumpul maklumat berkaitan sebelum mengambil tindakan.

Datuk Mohamad Zainal menambah, penggunaan SOSMA bukan perkara baharu dan telah terbukti berkesan di negeri lain.

Langkah ini disokong dengan pembekalan ‘Instant Visual Drug Detector’ (IVDD) bagi memudahkan saringan awal penyalahgunaan dadah, terutama di kawasan luar bandar.

Beliau yakin kerjasama erat antara pihak polis, kementerian dan agensi berkaitan akan memperkukuh usaha membanteras jenayah dadah di Sarawak.

Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok