KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan tahniah kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berikutan penerimaan ‘The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star’ daripada Maharaja Jepun, Naruhito.
Kesultanan Pahang menyifatkan anugerah tertinggi negara matahari terbit itu sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan cemerlang Premier Sarawak dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Jepun, khususnya dalam bidang ekonomi, pelaburan, tenaga hijau dan pembangunan mampan.
Baginda berdua turut menyampaikan harapan agar Premier Sarawak terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan untuk memimpin negeri ke arah kejayaan dan kesejahteraan rakyat.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back