TOKYO - Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menerima “The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star” daripada Maharaja Naruhito pada Selasa 11 November, satu pengiktirafan tinggi bukan sahaja kepada beliau, tetapi seluruh rakyat Sarawak.
Beliau berkata, anugerah itu mencerminkan keyakinan dunia terhadap usaha Sarawak dalam memperkukuh kerjasama ekonomi serta mempelopori bidang tenaga baharu dan teknologi masa depan.
“Pengiktirafan antarabangsa ini membuktikan dunia mengiktiraf kejayaan dasar pembangunan negeri, khususnya dalam kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan TVS selepas menerima anugerah tersebut.
Premier juga berharap penganugerahan tersebut menjadi inspirasi kepada anak-anak Sarawak untuk terus mengejar kecemerlangan di peringkat global.
Beliau turut mendedahkan usaha meneroka kerjasama dengan Jepun dalam bidang tenaga fusiun, selaras dengan agenda ekonomi hijau negeri.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back