• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

11 November 2025 | 06:41 PM

Wanita berputih mata, RM56,000 lesap diperdaya sindiket "Phone Scam"

KUCHING - Seorang wanita tempatan berusia 41 tahun kerugian RM56,000 selepas diperdaya sindiket “phone scam”, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataan hari ini memberitahu mangsa menerima panggilan pada 4 September 2025 daripada individu mendakwa maklumatnya digunakan untuk tuntutan insurans palsu.

Katanya, talian kemudian disambung kepada “pegawai polis” yang menuduh mangsa terlibat penggubahan wang haram dan mengarahkannya membuat bayaran melalui empat transaksi ke empat akaun berbeza.

Selepas memaklumkan kepada suami, mangsa menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis pada 10 November lalu.

ACP Alexson berkata sehingga kini, 91 kes dengan modus operandi sama dilaporkan di Kuching melibatkan kerugian lebih RM4.6 juta.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya panggilan mencurigakan dan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok