• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

11 November 2025 | 05:28 PM

Polis Percaya Namewee Ada ‘Hubungan Istimewa’ Dengan Pempengaruh Taiwan Yang Ditemukan Mati

Kuala Lumpur – Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau Namewee, yang kini direman bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan, dipercayai mempunyai “hubungan istimewa” dengan mangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati Namewee telah bersama wanita itu sejak dari luar negara, hingga kedua-duanya berada di negara ini.

Setakat ini, siasatan mendapati suspek memang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa.

Katanya, Polis juga telah merakam keterangan semua individu yang terlibat dalam kes tersebut dan masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan laporan toksikologi mangsa yang dijangka mengambil sedikit masa.

Tambah Fadil, mayat wanita itu juga masih belum dituntut oleh keluarganya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, selepas menghadiri Sambutan Deepavali Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan penyanyi rap berkenaan dibenarkan disambung reman tiga hari hari hingga Khamis ini selepas reman pada 5 November lalu yang berakhir semalam.

Mangsa, Hsieh Yun Hsin (33), ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air di sebuah hotel di Jalan Conlay, Kuala Lumpur, pada 22 Okt lepas, sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, tetapi kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Namewee dipercayai merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa.

Sumber & Foto: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok