MIRI - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kebakaran yang memusnahkan keseluruhan Blok C rumah panjang 22 pintu di Kampung Long Loyang.
Mangsa, Kanady Bryan, 30, ditemui rentung di dalam timbunan kebakaran di Bilik 74, Blok C sekitar jam 8 pagi, sebelum jasadnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Seorang lelaki berusia 60 tahun turut melecur dalam kejadian itu dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Long Loyang.
Menurut pihak bomba, kebakaran itu memusnahkan 100 peratus Blok C, menyebabkan 191 penghuni kehilangan tempat tinggal. Kesemua mangsa kini menumpang di rumah saudara terdekat sementara menunggu bantuan lanjut.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back