KUCHING - Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes curi kabel di tepi jalan Lorong Layang-Layang, Jalan Astana Isnin pagi 10 November.
Polis Daerah Kuching dalam hantaran di Facebook rasminya berkata, tangkapan dilakukan oleh anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Gita sekitar jam 10.30 pagi hasil maklumat orang awam.
Dalam operasi itu, polis merampas sebilah parang tanpa hulu, sepasang sarung tangan, dan sebatang besi sepanjang 7.5 kaki yang dipercayai digunakan suspek untuk mencuri.
Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amfetamine / Methamphetamine.
Polis menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat jenayah atau aktiviti mencurigakan dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau balai polis berhampiran.
Sumber: fb Polis Daerah Kuching
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back