PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, urusan menyusun semula Jemaah Menteri tidak pernah dibincangkan dalam Kabinet kerana ia merupakan hak mutlak Perdana Menteri.
Beliau berkata kuasa untuk merombak Kabinet atau melantik anggotanya terletak sepenuhnya di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tidak pernah ada perbincangan dalam Kabinet untuk menyusun semula… itu hak mutlak Perdana Menteri,” katanya selepas perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini hari ini.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
11 November 2025 | 02:55 PM