KUCHING - Tiga lelaki masing-masing didenda RM350 atau penjara tiga minggu oleh Mahkamah Majistret Kuching selepas mengaku bersalah merokok di kawasan larangan merokok.
Dua daripada mereka didapati merokok di kedai makan, manakala seorang lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dalam kejadian Mei lalu.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, dibaca bersama Seksyen 16(3) akta sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000.
Sebelum ini, mereka telah diberikan notis kesalahan di bawah Seksyen 47 akta berkenaan serta tempoh dua bulan untuk membayar kompaun di mana-mana Pejabat Kesihatan, namun gagal berbuat demikian hingga kes dibawa ke mahkamah.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali, manakala kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Mohd Fairos Ibrahim dari Unit Inspektorat dan Perundangan, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.
Sumber: JKNS
#BilikBeritaCATS
#CATSFM
#Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 02:40 PM