• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 November 2025 | 02:38 PM

Jangan Jadi ‘Little Napoleon’, Penjawat Awam Sarawak Diingat Integriti Pentadbiran

Kuching – Para penjawat awam negeri dan persekutuan di Sarawak diingat agar tidak menjadi seperti “Little Napoleon” atau “Little Rasputin”, yang boleh merosakkan integriti pentadbiran kerajaan.

Istilah-istilah itu merujuk kepada individu yang menyalahgunakan kuasa dan mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri.

Ia sekali gus boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato Murshid Diraja Datuk Dr Juanda Jaya, walaupun gejala itu masih terkawal di Sarawak, langkah pencegahan awal perlu diambil bagi mengelak budaya negatif itu menular dalam perkhidmatan awam.

Beliau mengingatkan semua ketua jabatan supaya sentiasa menyemak semula prosedur kerja dan memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya sejak dari peringkat awal pelaksanaan sesuatu urusan.

Beliau menegaskan, dalam era digital kini, sebarang sikap sambil lewa penjawat awam mudah dikesan melalui media sosial apabila rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati secara terbuka.

Katanya, melalui media sosial hari ini, keluhan rakyat cepat sampai kepada kerajaan, dan pihaknya tidak mahu perkara kecil menjadi isu besar hanya kerana tiada respons atau penjelasan yang jelas.

Situasi sedemikian dapat dilihat apabila masih terdapat aduan daripada rakyat berkaitan urusan permohonan pelbagai perkhidmatan kerajaan.

Setiap permohonan perlu diberi maklum balas sewajarnya. Jika ditolak kerana maklumat tidak lengkap, maklumkan sebabnya kepada pemohon.

Rekod maklum balas amat penting kerana rakyat berhak mengetahui status permohonan mereka, jelasnya.

Beliau menegaskan, jika semua agensi memberi respons dengan cepat dan berhemah, sebarang tohmahan atau persepsi negatif terhadap kerajaan di media sosial dapat dielakkan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) Peringkat Sarawak 2025 di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok