LUNDU – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, berkenan singgah minum pagi di Restoran Haji Bujang semasa dalam perjalanan menunaikan solat Jumaat di Masjid Pehin Sri Haji Adenan Haji Satem, di sini, hari ini.
Ketibaan pasangan itu sekitar jam 10.05 pagi disambut oleh wakil pegawai daerah, Majlis Daerah Lundu serta Ketua Polis Daerah Lundu.
Restoran Haji Bujang merupakan lokasi kegemaran Tun Pehin Sri sejak menjadi Ahli Parlimen dan terkenal dengan hidangan seperti laksa Sarawak, mi jawa dan mi kolok.
Turut hadir sama, ADUN N3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan Satem.
#BilikBeritaCATS
#CATSFM
#Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 02:37 PM