• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 November 2025 | 02:35 PM

Kapit Bakal Jadi Bandar Moden dan Hijau Pertama di Sarawak

KAPIT - Kapit bakal muncul sebagai bandar moden baharu di Sarawak hasil pelaksanaan pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi yang sedang giat dijalankan di kawasan itu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.96 bilion bagi projek bekalan air selain menambah peruntukan untuk kemudahan elektrik dan sistem rawatan air di Kapit.

Beliau berkata, beberapa projek utama di bawah Pelan Induk Pembangunan Kapit juga telah siap, termasuk Jalan Merirai bernilai RM120 juta dan Jalan Tunoh sepanjang tujuh kilometer yang dijangka membuka peluang pembangunan baharu di pedalaman.

“Kerajaan memberi tumpuan untuk menyelesaikan isu asas penduduk luar bandar agar mereka menikmati kemudahan setara dengan masyarakat bandar,” katanya ketika berucap pada Majlis Merarau Bersama Komuniti di Dewan Suarah Kapit, pada Khamis 6 November.

Abang Johari turut menegaskan fokus kerajaan negeri kini adalah terhadap pembangunan dan peningkatan taraf hidup rakyat, bukan politik, dengan menambah baik jaringan jalan raya dari Miri ke Limbang bagi merancakkan ekonomi pedalaman.

Katanya lagi selepas infrastruktur asas disiapkan, tumpuan akan beralih kepada pembangunan sosioekonomi, termasuk pendidikan percuma di universiti negeri mulai tahun depan.

Kapit juga berpotensi menjadi bandar hijau pertama di Sarawak yang mesra pejalan kaki dan berteraskan kelestarian alam sekitar, selaras dengan visi pembangunan mampan negeri ini.

Sumber: Jiwa Bakti
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok