HAMILTON - Pertubuhan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) melaporkan hampir lima juta tan metrik sisa dan serpihan ditinggalkan di barat Jamaica selepas Taufan Melissa melanda pulau itu pada 28 Oktober lalu.
Wakil Tetap UNDP bagi wilayah Caribbean, Kishan Khoday berkata, jumlah kerosakan dianggarkan bersamaan 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jamaica dimana angka itu dijangka meningkat.
“Taufan Melissa meninggalkan jejak kemusnahan besar di barat dan tengah Jamaica, termasuk dua juta tan sisa bangunan, 1.3 juta tan sisa tumbuh-tumbuhan dan 1.4 juta tan barangan peribadi,” katanya dalam satu taklimat maya.
Beliau memaklumkan, usaha pemulihan akan menumpukan kepada pelan pemulihan ekonomi, sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana, tenaga solar untuk komuniti, pembersihan sisa, serta pemulihan ekosistem.
Taufan Melissa turut menyebabkan kemusnahan besar di Haiti, Jamaica dan Cuba, dengan angka korban di Haiti dan Jamaica meningkat kepada 75 orang setakat Rabu.
Sumber: BERNAMA-ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 02:32 PM