MARUDI – Mayat seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang di Sungai Tutoh sejak Rabu lalu ditemui dalam keadaan tidak sempurna, dipercayai akibat dibaham buaya.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Prashant, 21 tahun, ditemukan sekitar jam 9.30 pagi oleh pasukan penyelamat di hilir Kampung Kuala Tutoh, Baram, kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.
Menurut kenyataan itu, pemeriksaan awal mendapati keseluruhan tangan kiri mangsa hilang, dipercayai akibat serangan reptilia berkenaan.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke dermaga menggunakan bot bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
#BilikBeritaCATS
#CATSFM
#UMobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 02:31 PM