LONDON - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan lebih 16,500 penduduk di Gaza memerlukan rawatan perubatan segera berikutan kekurangan kemudahan kesihatan di wilayah bergolak itu.
Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, pihaknya telah memindahkan 19 pesakit kritikal bersama 93 pengiring ke Itali untuk mendapatkan rawatan, sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Itali atas sokongan dan solidariti mereka.
“Kami menggesa lebih banyak negara menerima pesakit dari Gaza kerana lebih 16,500 orang masih memerlukan rawatan segera yang tidak tersedia di wilayah berkenaan,” katanya menerusi hantaran di platform X.
Beliau turut menyeru supaya semua laluan pemindahan termasuk dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur dibuka bagi memudahkan penghantaran pesakit yang memerlukan rawatan.
Sumber: BERNAMA-ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #UMobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 02:29 PM