KUCHING – Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, dilantik sebagai Ahli Friends of Ministry (FOM) di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Beliau menerima watikah pelantikan itu daripada Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), selepas menghadiri mesyuarat bersama ahli-ahli FOM lain di Pejabat Menteri, Putrajaya, semalam.
Pelantikan tersebut mencerminkan kepercayaan terhadap komitmen serta peranan Ahmad Johnie dalam membantu memperkukuh usaha kerajaan memperkasa agenda Hal Ehwal Agama di peringkat nasional dan komuniti.
Sumber: FB Parlimen P.207 Igan
#BilikBeritaCATS
#CATSFM
#Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 02:28 PM