MARUDI – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga India yang dikhuatiri lemas di Sungai Kuala Tutoh, berhampiran Kampung Kuala Tutoh, Baram, diteruskan hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pencarian dimulakan pada jam 7.37 pagi dengan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi menggunakan satu bot aluminium.
“Operasi diketuai Nasir Razali dengan empat anggota. Turut berada di lokasi ialah Ketua Balai Bomba Marudi Jessbent Jenus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa, dikenali sebagai Prashant, 21 tahun, dilaporkan hilang sejak Rabu, dan sehingga kini masih belum dijumpai. Operasi turut dibantu oleh pihak polis dan penduduk kampung.
#BilikBeritaCATS
#CATSFM
#Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 02:25 PM