LAWAS – Dua lelaki cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas kira-kira 10 meter dari bahu jalan di Kampung Pangi, Jalan Trusan, di sini, lewat malam Khamis.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.14 malam.
Katanya dalam kenyataan hari ini, kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans.
Mangsa dikenali sebagai Febrian Making Anthony, 20, dan Matthew Riong Lalung, 25 tahun — masing-masing dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.
#BilikBeritaCATS
#CATSFM
#Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 02:24 PM