MIRI – Sebuah kereta jenis Proton Saga musnah terbakar sepenuhnya dalam kejadian di Kampung Pujut, Tanjung Batu Lorong 4K, di sini, lewat malam Khamis.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.14 malam, sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng bergegas ke lokasi.
Katanya dalam satu kenyataan hari ini, kebakaran melibatkan keseluruhan bahagian kereta dan anggaran kemusnahan adalah 100 peratus.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
#BilikBeritaCATS
#CATSFM
#Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 02:23 PM