LUNDU - Dua individu dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Kampung Pueh, malam tadi.
Menurut saksi, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 malam.
Penduduk kampung berusaha mencari mangsa di sekitar pantai Kem Belia Pueh dan pantai Mangrove Resort Pueh, namun setakat ini mangsa masih belum ditemui.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan disambung esok berikutan keadaan gelap dan laut bergelora, malam ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 02:22 PM