• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 November 2025 | 02:21 PM

Penjawat Awam Rugi RM44,000 Terpedaya Pelaburan Tidak Wujud di Facebook

SIBU - Seorang wanita berusia 40-an yang juga penjawat awam mengalami kerugian sebanyak RM44,000 selepas terpedaya dengan pelaburan dalam talian tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa tertarik dengan iklan menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat sebelum mengisi maklumat peribadi dan akaun bank melalui pautan mencurigakan yang diberikan.

Tertipu dengan janji manis sindiket, mangsa membuat enam transaksi ke empat akaun tempatan berbeza sebelum menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan RM13,000 kononnya bagi pembetulan nombor kad pengenalan.

“Mangsa mula sedar ditipu selepas dinasihatkan oleh rakan bahawa dia telah menjadi mangsa sindiket pelaburan palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada tawaran pelaburan di media sosial dan membuat semakan di portal semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Sumber: IPD SIBU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok