SERIAN - Syarikat SESCO Berhad (SESCO), anak syarikat Sarawak Energy, terus memperkukuh dasar sifar toleransi terhadap kecurian elektrik selepas berjaya mengesan dua kes sambungan haram di cawangan rangkaian pasar raya sama di Siburan dan Serian.
Dalam operasi di Siburan, pasukan pemeriksaan meter SESCO menemui sambungan terus yang disembunyikan di atas siling premis, manakala di Serian, wayar sambungan haram ditemui di belakang papan tanda berhampiran kaki lima.
Menurut SESCO, kerugian dianggarkan melebihi RM13,000 sebulan di Siburan dan RM6,800 sebulan di Serian.
Semua sambungan haram diputuskan serta-merta dan laporan polis telah dibuat untuk siasatan di bawah Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik, yang membawa hukuman denda sehingga RM200,000 atau penjara lima tahun.
Sarawak Energy mengingatkan bahawa mencuri elektrik bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi turut membahayakan nyawa dan menjejaskan kestabilan bekalan kepada pengguna lain.
Orang ramai digalakkan melaporkan kegiatan mencuri elektrik melalui talian 1300-88-3111 atau e-mel customercare@sarawakenergy.com.
Sumber: Sarawak Energy
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 02:20 PM