MELAKA - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz mengingatkan semua ketua jabatan kerajaan agar memantau tahap hutang pegawai di bawah seliaan masing-masing bagi mengelakkan masalah keterhutangan serius.
Beliau berkata, langkah itu penting supaya penjawat awam tidak terbeban dengan komitmen kewangan yang boleh menjejaskan prestasi dan tumpuan kerja.
“Ketua jabatan perlu ambil perhatian serius kerana kita tidak mahu penjawat awam menanggung hutang besar hingga menjejaskan tanggungjawab mereka,” katanya selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Pegawai Awam Melaka di MITC, Ayer Keroh hari ini.
Beliau turut mengingatkan penjawat awam agar mematuhi peraturan sedia ada berkaitan pinjaman dan hutang, susulan pendedahan kes Ops Sky membabitkan tawaran khidmat perunding kewangan kepada penjawat awam oleh sindiket tertentu.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 02:19 PM