BINTULU - Seorang wanita berusia 33 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan separuh sedar sebuah bilik sewa di Tingkat 1, Atas Kedai Dapur Bonda Park City, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan bantuan untuk membuka pintu bilik sewa berkenaan sekitar jam 1.11 tengah hari.
Turut bersama mangsa di bilik sewa itu ialah seorang bayi lelaki berusia lima bulan dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.
Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans manakala bayi dan kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 02:17 PM