KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah dan simpati mendalam kepada rakyat Filipina susulan kemusnahan serta kehilangan nyawa akibat Taufan Kalmaegi yang melanda negara itu.
Beliau berkata, Malaysia turut bersedih atas bencana yang menyebabkan banjir besar, tanah runtuh dan kemusnahan infrastruktur di beberapa wilayah Filipina.
“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa serta semua yang terkesan akibat tragedi ini,” kata Anwar dalam hantaran di Facebook hari ini.
Anwar turut menyatakan solidariti Malaysia dan mendoakan agar rakyat Filipina diberi kekuatan untuk membina semula kehidupan selepas bencana tersebut.
Setakat ini, lebih 700,000 penduduk di 24 wilayah terjejas akibat taufan itu, dengan ratusan ribu dilaporkan terpaksa berpindah ke pusat perlindungan sementara.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
07 November 2025 | 02:16 PM