KUCHING, 6 Nov — Sarawak perlu meningkatkan bilangan penyelidik dalam sektor pertanian bagi memperkukuh pembangunan warga tani di negeri ini.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata Sarawak kini mempunyai 37 penyelidik di Jabatan Pertanian Sarawak (DOA), termasuk empat penyelidik dalam sektor akuakultur.
Menurut beliau, bilangan penyelidik yang mencukupi adalah kunci utama untuk memastikan kualiti pengeluaran tinggi.
Dato Sri Dr Stephen berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-20 IPS di Kuching hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata semasa lawatannya ke Agensi Penyelidikan dan Pendidikan Perikanan Jepun (FRA) minggu lepas, pusat itu mempunyai seramai 500 penyelidik akuakultur, berbanding hanya empat di Sarawak.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
06 November 2025 | 02:15 PM