• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 November 2025 | 02:14 PM

KKM Larang Penjualan ‘Hong Thai Inhaler’ Tercemar Bakteria Berbahaya

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan larangan penjualan produk herba “Hong Thai Inhaler”, selepas ia disahkan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan dilaporkan tercemar bakteria berbahaya di Thailand.

KKM memaklumkan, tindakan segera diambil termasuk menurunkan pautan jualan di platform e-dagang, menyekat penjual terlibat dan meneruskan pemantauan bagi memastikan produk itu tidak lagi dipasarkan.

Setakat ini, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) mengesan 335 pautan jualan produk berkenaan yang telah diminta untuk diturunkan bagi melindungi kesihatan pengguna.

Orang ramai dinasihatkan menghentikan penggunaan serta-merta dan mendapatkan rawatan sekiranya mengalami sebarang kesan sampingan.

Menurut KKM, penjualan ubat tidak berdaftar adalah kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 yang boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 atau penjara tiga tahun bagi individu, dan denda RM50,000 bagi syarikat.

Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok